Monday, February 16, 2015






MASALAH PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KERANA TIDAK TINGGALKAN WASIAT!!





WASIAT

Apa itu Wasiat

Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian.

Syarat-syarat

* Pembahagian harta boleh dibuat dengan wasiat kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung daripada menerima harta pusaka melalui faraid.

* Hanya satu pertiga (1/3) daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan boleh diwasiatkan. Dua pertiga (2/3) daripada harta Pewasiat adalah merupakan hak ahli waris menurut Hukum Faraid.

* Pewasiat boleh mewasiatkan hartanya melebihi satu pertiga (1/3) sekiranya semua ahli waris bersetuju dengan pembahagian tersebut selepas kematian Pewasiat.

Mengapa Wasiat itu penting?

Berwasiat merupakan suatu tindakan mulia untuk menzahirkan keinginan Pewasiat terhadap pembahagian harta yang dikumpul semasa hidup. Perwarisan harta yang dirancang melalui wasiat dapat diagihkan untuk tujuan kebajikan dan kepada keluarga yang tersayang selepas kematian.

* Pelantikan Wasi melalui dokumen wasiat akan memudahkan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian.

* Dapat menzahirkan hasrat pengagihan harta untuk tujuan kebajikan dan keluarga tersayang.

* Menjamin masa depan insan yang anda sayangi dengan pembahagian yang dihasratkan.

* Pelantikan penjaga yang dipercayai melalui wasiat akan menjamin kebajikan anak-anak di bawah umur selepas kematian anda.

* Mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh waris-waris yang ditinggalkan.


Penulisan, Penyimpanan dan Pelaksanaan Wasiat

Firma kami menyediakan perkhidmatan secara profesional dalam Penulisan, Penyimpanan dan Pelaksanaan Wasiat secara mudah, cepat dan berpatutan. 

Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas atau bagi negeri Sabah, 21 tahun ke atas dan waras pemikiran boleh membuat Wasiat dengan kos perkhidmatan yang berpatutan. 

Proses penyediaan wasiat di firma kami dilaksanakan secara profesional mengikut undang-undang Syariah, oleh Peguam Syarie yang terlibat secara profesional dalam bidang ini.

Penyimpanan wasiat sepanjang hayat adalah dijamin keselamatan dan kerahsiaannya. 

Proses pelaksanaan wasiat selepas kematian Pewasiat dilakukan secara efektif bagi memastikan hasrat Pewasiat terlaksana dengan sewajarnya.

Klausa Penting Dalam Wasiat

1. Nasihat dan pesanan yang baik kepada suami atau isteri, anak-anak dan ahli
keluarga yang lain.
2. Nama isteri atau suami, anak-anak dan waris yang layak.
3. Pengisytiharan harta dan hutang yang dimiliki.
4. Arahan untuk melunaskan segala hutang.
5. Menyatakan hasrat pengagihan harta kepada insan yang disayangi atau untuk tujuan
kebajikan.
6. Pelantikan Wasi, Pemegang Amanah dan Penjaga bagi anak di bawah umur atau orang
kurang upaya dan cacat akal.
7. Arahan Pewasiat terhadap perbelanjaan yang diperlukan untuk mentadbir harta pusaka. Pewasiat boleh menyatakan larangannya supaya tidak menggunakan hartanya bagi tujuan yang tidak bermanfaat kepada dirinya dan waris-waris yang ditinggalkan.

Dokumen Wasiat akan ditandatangani oleh Pewasiat dan disaksikan oleh ;
Dua (2) orang saksi lelaki atau seorang (1) saksi lelaki dan dua (2) orang saksi perempuan atau empat (4) orang saksi perempuan.

Penyimpanan Wasiat

Wasiat akan disimpan dengan selamat bagi menjamin tahap kerahsiaannya dan terhindar daripada pemalsuan serta pengubahan yang tidak sah. Kandungan Wasiat adalah SULIT dan tidak akan diubah tanpa arahan Pewasiat.

LIHAT LAGI BERITA-BERITA TENTANG MASALAH-MASALAH YANG BAKAL TIMBUL JIKA PEMBAHAGIAN HARTA TIDAK DISELESAIKAN SEBELUM MATI...














ANDA BOLEH MENGHUBUNGI FIRMA KAMI DAN MENETAPKAN TEMUJANJI UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT LANJUT BERHUBUNG INSTRUMEN WASIAT INI.